Kenaikan timbunan di satu-satunya pusat pelupusan sampah Singapura membimbangkan, kata pakar
Sampah yang dibuang hampir 6 juta orang di Singapura mengakibatkan lebih 2,000 tan abu dan sisa yang tidak boleh dibakar dihantar ke pusat pelupusan sampah Semakau setiap hari.

SINGAPURA: Satu-satunya tapak pelupusan sampah Singapura di Pulau Semakau, kini lebih separuh penuh dan pakar-pakar alam sekitar menyuarakan kebimbangan supaya orang ramai mengurangkan pembuangan sampah pada kadar segera.Â
Tapak itu yang seluas 650 padang bola sepak mempunyai dua bahagian, dengan bahagian pertama sudah pun hampir penuh. Bahagian kedua pula sudah 10 peratus penuh.Â
Kedua-duanya mempunyai keluasan 350ha yang boleh menampung timbunan sampah sebanyak 11,200 kolam renang saiz Olimpik. Ia dijangka mencapai kapasiti penuh menjelang 2035.Â
Sebahagian besar sampah yang dihasilkan hampir 6 juta penduduk Singapura dibakar, dengan abu dan sisa lain sebanyak lebih 2,000 tan tidak boleh dibakar dan perlu ditimbunkan ke Semakau setiap hari.Â
"Kita mempunyai masalah nyata di Singapura  dengan meningkatnya sisa sampah akibat pembuangan sampah oleh para pengguna dan rumah-rumah," kata Profesor Madya Johan Sulaeman, pengarah Institut Kewangan Mampan dan Hijau di Universiti Nasional Singapura (NUS).
MENGGUNA SEMULA ABU
Dengan Semakau cepat dipenuhi timbunan sampah, pihak berkuasa sedang berlumba dengan masa untuk memanjangkan jangka hayatnya. Menurut Prof Madya Sulaeman terdapat dua penyelesaian - menggunakan semula abu dan menggalakkan dengan lebih aktif lagi supaya dikurangkan pembuangan sampah.Â
“Kita boleh menggali abu dan menggunakanya semula untuk sesuatu yang berguna sama ada untuk bahan binaan atau mungkin untuk menambak laut,” katanya sambil menambah pemerintah Singapura juga sedang mengkaji kemungkinan menggunakan huraian sedemikian.Â
Agensi Alam Sekitar Kebangsaan sedang menjalankan kajian dengan universiti tempatan NUS dan Universiti Teknologi Nanyang untuk menentukan sama ada abu dari Semakau boleh digunakan semula sebagai bahan binaan. Bagaimanapun, terdapat cabaran untuk berbuat demikian, kata Prof Madya Sulaeman.
Penggunaan semula sebegitu boleh menjadi "sedikit kontroversial" kerana kemungkinan abu menjadi tercemar akibat proses pembakaran, katanya.

“Abu ini mungkin perlu diproses semula sebelum boleh digunakan untuk sebarang jenis penambakan tanah atau sebagai contoh, membuat konkrit,” katanya.
Bagaimanapun, isu seperti itu boleh diatasi dengan teknologi, katanya sambil mengakui kos pelaksanaannya adalah tinggi. Menurutnya terdapat kos lain yang perlu dipertimbangkan.
“Kita perlu faham berapakah kos penghapusan bahan yang boleh memudaratkan alam sekitar dan juga masyarakat,” katanya.
"Bukan sahaja adanya bahan kimia, kandungan mikrobiom juga boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kita perlu mengurangkan risiko tersebut dan berharap kita dapat menghapuskan risiko itu."
Walaupun langkah menggunakan semula abu sebagai pilihan yang berpotensi, Prof Madya Sulaeman berkata strategi seperti "kurangkan, guna semula, dan kitar semula" tetap penting (dalam mengurangkan sampah).Â
MENGURANGKAN SAMPAH
Dalam hal soal mengurangkan sisa seperti yang disasarkan Singapura melalui beberapa kempen, Prof Madya Sulaeman merujuk kepada penggunaan alat-alat sekali pakai sebagai contoh. Â
“(Usaha mengurangkannya) boleh dilaksanakan dengan mengurangkan plastik sekali pakai dan peralatan sekali pakai di pusat-pusat makanan, medan selera dan restoran serta oleh perkhidmatan penghantaran makanan,” katanya.
Tambahnya, menggalakkan kitar semula adalah penting dengan memudahkan orang ramai melakukannya. “Pada masa ini, Singapura sedang berusaha keras untuk meningkatkan kadar kitar semula tetapi saya rasa isi rumah mendapati kitar semula agak menyusahkan,” katanya.
Pada masa yang sama, terdapat banyak inisiatif kitar semula yang berakhir dengan barangan menjadi sisa buangan, jadi terdapat keperluan untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Singapura menghasilkan kira-kira 7.4 juta tan sisa tahun lalu dan daripada itu, hanya kira-kira separuh dikitar semula.
Pertubuhan bukan pemerintah Zero Waste SG juga menyeru pihak perniagaan supaya memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh, mereka boleh melaksanakan program kitar semula untuk mendorong para pelanggan mereka ke arah yang betul, kata pengarah eksekutifnya Tan Hui Leng.
“Apa yang kita perlu lihat adalah cara pengurusan sisa kita yang lebih holistik. Jadi itu bermula dengan kita mengurangkan apa yang kita lakukan sejauh ini," kata Tan.Â
"Ia penting bagi pihak pengilang, para  pengeluar untuk melihat cara mereka lakukan sesuatu (bagi penggunaan  semula) yang lebih baik."
Ini termasuk dengan bertanyakan kepada diri mereka, sama ada sesuatu barangan itu boleh tahan lama, atau jika ia boleh dibaiki atau dibuat dalam bentuk modular supaya apabila satu bahagian rosak, bahagian itu sahaja boleh diganti dan yang lainnya tidak perlu dibuang.Â
Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris di sini.Â