Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu
Advertisement
Advertisement

Malaysia

Konsert Coldplay menyelitkan pantun Melayu dalam persembahan di Kuala Lumpur  

Penyanyi Coldplay Chris Martin juga menyifatkan para penonton Malaysia sebagai “antara yang terbaik di dunia”.  

Konsert Coldplay menyelitkan pantun Melayu dalam persembahan di Kuala Lumpur  
Penyanyi Chris Martin dari kumpulan British Coldplay ketika membuat persembahan di Stadium Parken Copenhagen, Denmark pada 5 Jul 2023. (Foto: AP/Mads Claus Rasmussen)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Coldplay Chris Martin sekali lagi menunjukkan bahawa persembahan kumpulannya di Singapura bakal menjadi konsertnya yang terbaik pada 2024. Beberapa minggu selepas Coldplay membuat persembahan beremosi yang menyentuh hati para peminatnya di Tokyo, dalam konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu (22 Nov), Martin mencuit hati pula para peminat dengan persembahan melucukan. 

Penyanyi Britain itu telah menyelitkan persembahannya dengan mendendangkan satu nyanyian rengkas yang berlirikkan pantun Melayu. Dendangan itu yang disahut dengan sorakan, menjadi viral selepas rakamannya dimuat naik para penonton. Akaun media sosial stesen radio Malaysia, ERA telah memuat naikkan salah satu rakamannya yang paling jelas. 

Pantun yang didendangkan Martin itu berbunyi: 

Pergi ke kedai membeli sayur
Masak tom yum bersama bonda 
Coldplay sekarang di Kuala Lumpur
‘Payung’ lagu favorit anda

Dendangannya yang disambut meriah para penonton dengan sesetengahnya menyatakan ia adalah "salah satu detik kegemaran mereka" semasa pertunjukan tersebut.  Kedua-dua penonton dan kumpulan Coldplay kelihatan sama-sama terhibur dengan konsert itu. 
 
Sebelum menyanyikan lagu berpantun itu, Martin memberitahu para peminat bahawa “(Coldplay) sepatutnya tiba lebih awal ke Malaysia" kerana para penonton Malaysia adalah "antara penontonnya yang terbaik di dunia".

Bercakap dalam bahasa Melayu, Martin juga menyatakan mereka sangat gembira dapat berada di Malaysia, sambil menyeru supaya semua boleh “sembuh bersama."

Konsert Coldplay di Kuala Lumpur menandakan konsert mereka yang terakhir untuk tahun ini. Mereka dijangka meneruskan konsert pada Januari 2024 untuk menghiburkan para peminat di Filipina dan juga Singapura.

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris di sini. 

Source: CNA/ih
Advertisement

Also worth reading

Advertisement