Barah payudara: Sejauh mana tumpuan harus juga diberi kepada soal fizikal, emosi pesakit
Adalah tidak mencukupi untuk doktor sekadar menjelaskan dan melaksanakan pelan rawatan berkesan untuk wanita yang menghidap payudara. Sikap empati, lemah lembut, sambil turut bersuka ria adalah juga kunci kepada pemulihan, kata Dr Michelle Tseng, pakar radiasi onkologi wanita.

SINGAPURA: Apa perasaan anda sekarang? Apa yang anda takutkan? Adakah anda memerlukan penjelasan tentang sesuatu yang pernah diberitahu oleh doktor, atau nasihat yang diberikan oleh rakan anda?
Pertanyaan sedemikian mungkin jarang sekali kedengaran di bilik-bilik konsultasi doktor. Dan ia bukanlah kerana kurangnya rasa prihatin para doktor.
Ia mungkin kerana sistem jagaan kesihatan di kebanyakan negara kini terlalu tertekan, sehingga kurangnya perasaan sedemikian ditunjukkan para doktor, demikian menurut satu tinjauan di 34 negara yang dijalankan oleh firma penyelidikan global Ipsos pada 2022.
Dan walaupun Singapura bukan antara negara yang dikaji, kalangan karyawan perubatannya juga menyuarakan perasaaan tertekan dan rasa letih yang sama.
Akibatnya, konsultasi perubatan antara doktor dengan pesakit lebih sebagai urusan rutin sahaja, dengan kebanyakan masa pertemuan itu dihabiskan untuk aspek-aspek perubatan sesuatu rawatan.
TERAPI MENERUSI PERBUALAN
Bagi Dr Michelle Tseng, seorang pakar onkologi radiasi wanita, ini semua adalah sesuatu yang menimbulkan kebimbangan beliau.
Beliau mungkin satu-satunya pakar rawatan dalam bidang tersebut di sektor jagaan kesihatan swasta di Singapura.
Dr Tseng berpendapat bahawa mesti ada apa yang dipanggil "terapi berbual" dan terapi sedemikian menjadi semakin penting bagi rawatan-rawatan seperti penyakit payudara. Ia merupakan penyakit yang boleh meninggalkan kesan-kesan jangka panjang yang teruk lama selepas pulih, kata Dr Tseng, yang menjadi salah seorang pakar di Asian Alliance and Oncology (AARO), sebuah kumpulan spesialis onkologi Singapura.
Lulusan bidang perubatan dari Imperial College London itu pulang ke Singapura pada 2010 untuk melakukan internship di Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Tan Tock Seng dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Pada 2011, kurang dua tahun selepas dia kembali ke Singapura, Dr Tseng memutuskan untuk mengkhususkan kepakarannya dalam bidang onkologi radiasi di NUH.
Dr Tseng berkata beliau tidak mengetahui ahli onkologi radiasi wanita lain dalam sektor swasta pada masa itu, kecuali Dr Susan Loong, pakar onkologi radiasi yang pernah bertugas di Pusat Kebangsaan sebelum berpindah kepada sektor swasta. Dr Loong kemudian bersara dari kerjayanya itu.
Pada tahun 2022, alumni Maktab Rendah Raffles itu ditanya oleh rakan-rakan sebayanya sama ada beliau akan menimbangkan untuk menyertai sektor jagaan kesihatan swasta, di mana beliau mungkin mempunyai masa dan ruang untuk meninggalkan kesan yang lebih baik dalam rawatan payudara.
Dr Tseng, yang kedua-dua ibu bapanya adalah doktor, menyahut cabaran itu dengan satu tekad: Bahawa kesihatan mental dan emosi seseorang pesakit payudara haruslah diambil kira sebagai sama penting dalam rawatan dan pemulihan pesakit.
"Setelah bertugas di hospital-hospital pemerintah selama lebih 10 tahun, saya memahami keterbatasan sumber dan tenaga kerja yang dihadapi oleh hospital sebegitu. Dan ia sememangnya tidak dapat menangani sepenuhnya semua aspek kesejahteraan mental dan emosi pesakit," jelas beliau.
Tetapi pendekatan holistik ini adalah penting kerana payudara meninggalkan kesan emosi yang sangat teruk kepada seseorang wanita dan boleh menjejaskan pemulihan fizikalnya secara negatif, kata ibu kepada dua anak itu.
Isu-isu unik payudara, menurut Dr Michelle Tseng
IMEJ BADAN DAN HARGA DIRI
Pembedahan adalah salah satu rawatan utama untuk barah payudara dan sesetengah wanita mungkin disyorkan mastektomi, yang melibatkan pembuangan seluruh payudara. (Mastectomy berganda atau bilateral memerlukan pembedahan kedua-dua payudara.)
Pembedahan ini mengubah bentuk badan semula jadi wanita dan boleh memberi impak yang ketara pada imej badan dan harga diri, yang membawa kepada perasaan kehilangan sesuatu, kesedihan dan perubahan persepsi diri sendiri.
KEWANITAAN DAN IDENTITI
Payudara adalah bahagian penting dari apa yang ditakrifkan sebagai wanita dan tiada wanita boleh menerima kehilangan payudaranya. Barah payudara mengakibatkan wanita berasa payudaranya telah dirampas darinya, dan menjejas rasa kewanitaan dan identitinya. Berhadapan dengan kehilangan satu atau kedua-dua sekali boleh menimbulkan cabaran emosi yang berat.
SOKONGAN SOSIAL ATAU STIGMA?
Walaupun kini adanya penekanan kuat terhadap kesedaran dan sokongan terhadap barah payudara secara konsisten, ia juga boleh mendatangkan manfaat dan cabaran.
Pesakit mungkin mendapat sokongan penting dan sumber yang berguna, tetapi mereka juga mungkin berhadapan dengan jangkaan dan pertimbangan yang tidak diingini, apabila perlu membuat keputusan mengenai diagnosis dan rawatan.
MASALAH KEINTIMAN DAN HUBUNGAN
Ini mungkin isu yang paling kurang ditangani yang dihadapi oleh pesakit barah payudara. Perubahan fizikal dan emosi yang disebabkan oleh penyakit ini boleh memberi kesan kepada keintiman dalam hubungan pasangan dengan cara yang tidak dijangka.
Walau betapa tinggi sokongan yang diberikan pasangan, adalah sukar baginya untuk memahami dengan tepat apa yang dialami oleh pesakit, dengan sesetengah pesakit mendapati sukar untuk menyampaikan keperluan dan ketakutan mereka kepada pasangannya. Ini seterusnya menjejaskan kesejahteraan emosi masing-masing.
KEBIMBANGAN KESUBURAN DAN PERANCANGAN KELUARGA
Barah payudara boleh menyerang tidak kira peringkat usia, menurut Dr Tseng, dengan pesakitnya berusia 20-an. Pesakit yang lebih muda mungkin tidak memulakan perancangan keluarga atau mungkin sedang dalam perancangan. Semua ini akan terhenti secara tiba-tiba selepas diagnosis.
Masalah kesuburan adalah antara kesan sampingan rawatan barah payudara dan pesakit mungkin berasa tertekan atas keupayaan mereka untuk mempunyai anak, sekarang atau pada masa hadapan. Sesetengah pesakit percaya bahawa kehidupan mereka sendiri lebih bernilai daripada gagasan untuk mempunyai keluarga. Bagi sebahagian lagi, ia boleh memusnahkan impian mereka yang ingin mempunyai keluarga sendiri.
AARO, yang mempunyai klinik di hospital dan pusat perubatan swasta utama di seluruh Singapura, Dr Tseng dapat menunjukkan contoh yang baik.
“Rancangan rawatan holistik adalah berbeza kerana ia bukan sekadar daftar masuk pesakit. Ia adalah proses menyeluruh, daripada penyiasatan dan diagnosis kepada rawatan. Keseluruhannya adalah perjalanan naik turun seseorang pesakit yang memerlukan sokongan.
"Ramai pesakit tidak dapat menyuarakan kebimbangan mereka kerana takut mengambil terlalu banyak masa doktor mereka. Mereka menjaga diri mereka sendiri dan cekal dalam menunjukkan perasaan berani di hadapan keluarga dan rakan-rakan mereka.
“Mereka memerlukan masa, dan mereka memerlukan ruang yang selamat untuk berkongsi kebimbangan mereka dengan pasukan rawatan mereka tanpa rasa takut terhadap pertimbangan atau tekanan masa, kata Dr Tseng.
SEDIA TERIMA RAWATAN, MALAH MERAIKANNYA
Dr Tseng, yang mengendalikan pasukan yang kesemuanya wanita di AARO, bertemu dengan pesakit-pesakit yang telah didiagnosis dan menasihati mereka tentang prognosis, sebelum mengesyorkan dan berbincang dengan mereka sesuatu rancangan rawatan.
AARO, yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di Singapura, mengkaji semua bahagian berpenyakit pada tubuh pesakit, termasuk pesakit lelaki, dengan setiap pakar memfokuskan pada bahagian tertentu penyakit. "Beginilah cara onkologi diamalkan di institusi akademik dan kami berbangga kerana telah memperkenalkannya kepada sektor swasta," kata Dr Tseng.
“Saya sentiasa menekankan kepada para pesakit, yang kebanyakannya adalah wanita yang menghidap barah payudara, supaya ambil masa mereka sendiri untuk beritahu saya tentang kesan-kesan diagnosis ke atas mereka.
“Di hospital pemerintah, doktor mempunyai ramai pesakit untuk berjumpa – dengan setiap pesakit paling lama diperuntukkan setengah jam untuk diterangkan segala-galanya tentang terapi radiasi ke atas mereka.
"Ramai pesakit tidak dapat menyuarakan kebimbangan mereka kerana takut mengambil terlalu banyak masa doktor mereka. Mereka cekal memberanikan diri di hadapan keluarga dan rakan-rakan mereka. "
“Saya rasa itu tidak cukup masa dan saya sering tergesa-gesa semasa melakukan konsultasi dengan pesakit. Itu bukan jenis konsultasi yang saya mahukan untuk pesakit saya,” kata pakar berusia 39 tahun itu.
"Sekarang saya dalam khidmat swasta, saya mempunyai lebih banyak masa. Dan dengan masa ini, saya dapat bertanya kepada pesakit soalan yang saya agak pasti tiada doktor lain pernah bertanya kepada mereka sebelum ini.
"Biasanya, doktor menerangkan proses dan menunjukkan langkah seterusnya untuk pesakit. Tiada siapa yang benar-benar mengakui bagaimana barah payudara boleh mengubah hidup dan potensinya dalam menimbulkan kesan buruk,” tambahnya.
Dr Tseng, yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam onkologi radiasi dan mengkhususkan diri dalam barah payudara selama lima tahun, menegaskan bahawa pesakit sendiri sering "tertumpu pada soal rawatan perubatan mreka sahaja sehingga mengabaikan diri mereka sendiri".
"Mereka mungkin kata kepada orang lain bahawa mereka baik-baik saja, sedangkan hakikatnya terdapat isu-isu sangat menyedihkan yang unik kepada para pesakit barah payudara," katanya.
Terdapat juga isu bagaimana hendak menangani jangkaan orang lain dan dalam soal menerima nasihat-nasihat tidak diminta, ketika hendak membuat keputusan berhubung soal diagnosis dan rawatan.
“Jadi, apabila saya berada di klinik, saya memberitahu mereka bahawa mereka boleh jujur dengan saya tentang apa yang mereka rasa. Saya memberi jaminan kepada mereka bahawa adalah satu perkara biasa bagi doktor untuk tidak dapat menjelaskan setiap butiran kerana mereka kesuntukan masa atau apa sahaja. Tetapi saya menggalakkan mereka supaya tidak segan untuk bertanya apa sahaja yang mereka ingin tahu."
Walaupun begitu, pesakit mungkin menahan diri, atas sebab-sebab masih dalam keadaan terkejut, letih dan takut menjadi beban kepada doktor pakar mereka, yang mungkin juga dalam keadaan terbeban dnegan tugas.
Menjangkakan ini semua, Dr Tseng memastikan pesakit membawa pulang kad namanya, yang mengandungi butiran dan nombor peribadinya, supaya mereka boleh meluangkan masa mereka untuk memproses perbincangan dengan teliti dan bertanya soalan susulan dengan tenang dan jelas.
"Terdapat banyak perkara yang berlaku, saya tahu, dan ia boleh menjadi sangat sukar untuk memproses segala-galanya ketika itu. Jadi saya galakkan mereka supaya meluangkan masa dan jumpa saya lagi apabila sudah bersedia."
Untuk meraikan kehidupan, walaupun berhadapan dugaan dan cabaran, Dr Tseng dan pasukannya mengambil maklum tentang hari lahir pesakit.
"Jika mereka mempunyai hari lahir semasa tempoh rawatan mereka, kami menghadiahkan mereka dengan kek untuk membantu mereka meraikannya. Kadang-kadang, kami mengejutkan mereka dengan bunga kegemaran mereka apabila mereka telah menyelesaikan rawatan."

BOLEH MEMILIH DOKTOR WANITA JIKA MAHU
Antara sebab mengapa Dr Tseng memilih untuk mengkhususkan bidangnya dalam barah payudara dan onkologi radiasi, adalah kerana adanya kekurangan doktor wanita dalam arena ini.
Beliau sering menerima permintaan daripada pesakit yang ingin berjumpa dengannya sendirian, tanpa kehadiran rakan-rakan kerja lelaki, kerana mereka "berasa lebih selesa dengan doktor wanita", katanya kepada CNA.
“Saya mahu memberi pilihan kepada semua pesakit wanita untuk memilih doktor wanita jika mereka mahu. Saya percaya bahawa wanita hanya memahami wanita lain dengan lebih baik. Sebagai seorang wanita, saya lebih mudah untuk berempati dengan pesakit wanita saya dan pengalaman yang dilalui mereka.
“Pakar onkologi lelaki kami (di AARO) sangat profesional dengan pesakit wanita mereka dan sangat dihormati. Ini semua bukan soal siapa yang dapat melakukan kerja dengan lebih baik - ia semata-mata soal untuk memberi pilihan kepada pesakit wanita," katanya.
"Pada akhirnya, apabila pesakit selesa dengan doktornya, dia akan dapat berkongsi dengan lebih terbuka tentang simptom mereka. Dan ini membantu para doktor yang dapat merawat mereka dengan lebih berkesan."
Di pusat rawatan AARO - pasukan semua wanita terdiri daripada pembantu klinik, jururawat, ahli terapi radiasi, doktor perubatan dan pakar onkologi - setiap wanita yang memasuki pusat itu dijaga berdasarkan garis panduan mengenai privasi dan kesopanan.
"Sebagai pasukan yang semua kakitangannya wanita," kata Dr Tseng, "kami peka dan sangat menyedari pesakit yang menderita atau mungkin terpaksa berhadapan dengan kesan-kesan unik dan ada kadangkalanya memusnahkan apabila didiagnosis dengan barah payudara".
"Kami mungkin dapat mengatasi terlebih dahulu semua isu itu dan dapat membimbing para pesakit ke arah betul dalam menanganinya pada peringkat awal lagi ... Kami tidak memperkecilkan satupun isu mereka, tidak kira betapa kecilnya isu mereka itu," katanya.
"Mereka mungkin memberitahu orang bahawa mereka baik-baik saja sedangkan sebenarnya, terdapat isu-isu yang sangat menyedihkan yang unik kepada pesakit barah payudara."
Menurut Dr Tseng ada pesakit yang mula menangis sebelum rawatan radiasi mereka yang pertama (selalunya memerlukan penggunaan mesin yang dipanggil pemecut linear) kerana mereka juga mengalami claustrophobia (takut pada ruang sempit).
"Ahli terapi radiasi wanita kami duduk bersama mereka, dengan meluangkan masa untuk memahami ketakutan mereka dan menggalakkan mereka supaya meneruskan rawatan. Mereka juga meyakinkan dan menghiburkan mereka. Selepas rawatan pertama, rawatan seterusnya berjalan lancar, mungkin kerana pesakit kini tahu bahawa mereka di kelilingi oleh pasukan yang menyokong mereka di setiap peringkat," katanya.
“Selain memanfaatkan rangkaian pakar kami dalam bidang seperti fisioterapi dan psikologi untuk memberikan mereka lebih banyak sokongan, kami juga melakukan kunjungan ke rumah pesakit untuk mencadangkan beberapa pengubahsuaian kelengkapan rumah yang dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan keadaan baharu yang drastik, tetapi tetap berasa selamat.
"Semua ini hanya boleh dilakukan kerana kami sering berbual dengan pesakit kami dan mencatat butiran yang sering diabaikan oleh orang lain," tambahnya.
Sebaik-baiknya, menurut Dr Tseng, mengakui bahawa kesihatan mental dan emosi pesakit juga adalah penting, merupakan langkah pertama yang baik untuk mana-mana institusi perubatan.
“Perlu ada sumber yang diperuntukkan untuk keperluan ini, sebagai pelengkap kepada rancangan rawatan barah pesakit.
"Ini mungkin dalam bentuk klinik jururawat pakar yang dikendalikan bersama dengan klinik doktor. Di sini doktor boleh memastikan bahawa rawatan boleh ditetapkan dengan baik manakala jururawat pula memberi tumpuan kepada isu mental dan emosi pesakit."
Baca artikel ini dalam bahasa Inggeris.