Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu
Advertisement
Advertisement

Malaysia

Langkah tambahan: Persiapan sekolah-sekolah Singapura sedang lawatan ke luar negara disambung semula

Sebuah sekolah siap hadapi kemungkinan pelajar jatuh sakit dan perlu ditempatkan di bilik hotel berasingan semasa lawatan ke Bali baru-baru ini.

Langkah tambahan: Persiapan sekolah-sekolah Singapura sedang lawatan ke luar negara disambung semula
Pelajar Maktab Rendah Temasek dalam kunjungan ke Kuantan untuk mempelajari bagaimana bandar di Pahang ini melaksanakan urbanisasi dan penciptaan semula. 

SINGAPURA: Sekolah-sekolah di Singapura memulakan semula lawatan ke luar negara mereka tiga tahun selepas pandemik COVID-19 menghentikan kegiatan sedemikian.

Bagaimanapun, pihak sekolah memberitahu CNA bahawa mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila membawa pelajar ke luar negara.

Sekolah Menengah Perempuan Cedar, misalnya, telah membuat rancangan untuk menghadapi kemungkinan pelajar sakit dan perlu ditempatkan di bilik hotel berasingan semasa lawatan ke Bali baru-baru ini. Para guru yang terlibat dalam kunjungan itu perlu bertindak pantas untuk menghadapi kemungkinan tersebut, walaupun pada akhirnya tiada pelajar dijangkiti COVID-19.

"Kami hanya mahu memastikan bahawa para pelajar kami dapat berpindah ke bilik yang berbeza, dan (diasingkan) selama satu atau dua hari sebelum mereka menyertai semua kumpulan mereka," kata Cik Nuraini Ismail, guru bertanggungjawab bagi program pengajian serantau Sekolah Menengah Perempuan Cedar.

PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH

Lawatan sambil belajar ke Bali itu disertai 30 pelajar dengan mereka berpeluang mempelajari budaya masyarakat di pulau tersebut. Program itu bertujuan membolehkan mereka mengalami sendiri kehidupan masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara. 

Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, terdapat lima orang guru yang turut serta dalam lawatan tersebut, satu pertambahan daripada tiga sebelum ini. 

Menururt Cik Nuraini kunjungan ke luar negara merupakan lanjutan pembelajaran para pelajar menjangkau ke luar bilik darjah.

Para guru terlibat telah melawat Bali beberapa bulan sebelum perjalanan sebenar, untuk mencari rakan  tempatan yang baharu selepas rakan kerjasama yang lalu tidak lagi bekerjasama dengan mereka. 

"Pengetua kami menggalakkan kami untuk memastikan semua proses dan prosedur dipatuhi, dan keselamatan pelajar dijaga sebelum kami meneruskan (kunjungan)."

Seorang pelajar Cedar Goh Kai Yue berkata: "Kunjungan sedemikian adalah suatu pengalaman di mana anda mesti berada di sana dan mengalaminya secara fizikal."

Rakan sekolahnya Isabel Chua berkata: "Untuk dapat pergi ke sana dan melihat kehidupan sebenar, di mana kita dapat menyentuh lumpur dan merendamkan ke dalamnya, adalah pengalaman yang menyeronokkan."

MERANCANG DENGAN AMBIL KIRA PERUBAHAN

Di Maktab Rendah Temasek (TJC), para guru juga perlu merancang dengan mengambil kira sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam lawatan mereka ke Kuantan dan Kuala Lumpur.

  "Kami mendapati bahawa salah satu tarikan yang biasa kami kunjungi telah ditutup kerana COVID, jadi kami terpaksa menukar jadual perjalanan," kata guru TJC Jared Wong.

"Tetapi pada masa yang sama, itu juga memberi kami peluang untuk mencari tempat baharu untuk dimasukkan ke dalam jadual perjalanan kami yang juga akan menjadi lokasi kunjungan yang bermakna."

Tarikan baharu ini termasuk Jalan Seni Kuantan, yang dibuka dua tahun lalu.

Di sana, pelajar mata pelajaran geografi belajar tentang usaha bandar itu menjalani urbanisasi dan penciptaan semula dirinya.

Tempat-tempat seperti gua-gua dan air terjun juga merupakan sebahagian daripada lawatan empat hari yang dilakukan bulan lepas.

Para pelajar memberitahu CNA bahawa mereka bersyukur kerana akhirnya dapat berkunjung ke luar negara untuk peluang-peluang pembelajaran sedemikian.

BERSYUKUR BERPELUANG BELAJAR DI LUAR NEGARA

"Ia benar-benar menghidupkan apa yang dipelajari daripada buku-buku teks, kerana kita tidak mempunyai tempat seperti gua batu kapur di Singapura," kata pelajar TJC Liv Ng.

“Dapat pergi ke sana dan mengalaminya sendiri sungguh mengagumkan.”

Pelajar TJC Jovi Lai berkata: “Kami ada apa yang dipanggil program 'penyiasatan geografi', di mana kami perlu turun padang, bertanyakan soalan dan menjalankan penyiasatan untuk meningkatkan pembelajaran kami. Agak sukar untuk kami mempelajari perkara sebegini secara online.

“Jadi, dengan dapat turun ke padang, dan masuk ke Malaysia benar-benar membantu kami sedikit.”

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai sebab-sebab mengapa nilai dolar Singapura melambung tinggi dibandingkan ringgit Malaysia.

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/ih
Advertisement

Also worth reading

Advertisement