Perlukah alat penapis udara di rumah ketika jerebu melanda?
Penapis udara seharusnya dapat menapis partikel-partikel kecil dengan cekap, mempunyai kadar penghantaran udara bersih yang tinggi dan penapis karbon untuk menangani bau jerebu.

SINGAPURA: Dengan risiko jerebu rentas sempadan yang tinggi tahun ini, pengguna telah mula mengambil langkah untuk membeli penapis udara bagi bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca buruk.
"Digunakan dalam rumah, penapis udara – atau pembersih udara – akan membuang bahan cemar dari udara yang anda hirup."
Walaupun ia biasa digunakan semasa kejadian jerebu di Singapura pada masa lalu, mereka yang merancang untuk menggunakan semula peranti lama itu harus memeriksa sama ada ia masih berfungsi dengan baik.Â
CNA menemu bual lima orang pakar untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penapis udara, perkara yang perlu diutamakan semasa membelinya dan cara menguji keberkesanannya sekiranya peranti di rumah sudah lama tidak digunakan.Â
Bagaimana kalau saya tutup sahaja tingkap semasa jerebu?
Walaupun anda menutup semua tingkap di rumah, partikel-partikel kecil daripada jerebu masih boleh masuk melalui celah-celah dan meresap ke persekitaran dalaman anda, kata Profesor Rajasekhar Balasubramanian dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Selain itu, menutup tingkap dan pintu akan menghalang pengudaraan semula jadi dan membolehkan partikel-partikel terkumpul, kata profesor Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar itu.Â
Penapis udara akan menyaring partikel melalui penapis dan meningkatkan kualiti udara.Â
Apabila musim jerebu tiba, pihak peniaga turut bersedia menghadapi peningkatan permintaan untuk pelitup muka dan penapis udara.
Apa yang perlu diambil kira semasa membeli penapis udara?
Polutan udara utama yang menjadi perhatian semasa jerebu adalah bahan partikel halus PM2.5 dengan diameter 2.5 mikrometer atau lebih kecil. Setiap partikel adalah kira-kira 300 hingga 400 kali lebih kecil daripada rambut manusia, kata Prof Balasubramanian.
Bagi menangani bahan cemar bersaiz kecil, pembeli perlu mencari penapis udara jenis High Efficiency Particulate Air (HEPA) atau penapis partikel udara yang mempunyai kecekapan tinggi. Menurut pakar, selain HEPA, penapis udara jenis Minimum Efficiency Reporting Value (MERV) atau dikenali sebagai penapis udara yang mempunyai nilai penarafan prestasi kecekapan minimum yang tinggi juga membantu.Â
Prof Balasubramanian menyarankan supaya pembelli ambil perhatian pada saiz partikel yang boleh ditapis oleh sesebuah penapis udara.Â
"Saiz partikel itu haruslah kurang daripada 2.5 mikron atau mikrometer, atau kadang-kadang lebih kecil daripada 1 mikron. Oleh itu, penting untuk memastikan bahawa penapis udara yang sedang dipertimbangkan untuk dibeli, mestilah yang direka dapat menghapuskan partikel-partikel kecil dengan cekap."
Tiga orang pakar dari Unit Penyelidikan Kualiti Udara Dalaman di Jabatan Persekitaran Binaan NUS berkata HEPA menyasarkan partikel bersaiz 0.3 mikron iaitu saiz partikel yang paling mudah menembusi udara.Â
"Secara definisi, penapis HEPA boleh menghapuskan 99.97 peratus partikel berukuran 0.3 mikron. Jerebu rentas sempadan pada dasarnya adalah partikel yang sangat kecil, dengan sebahagian besar berada dalam julat saiz 0.3 mikron," kata Profesor Madya Tham Kwok Wai, Profesor Madya David Cheong dan Profesor Chandra Sekhar.
Profesor Madya Steve Yim dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula berkata: "Orang yang mempunyai masalah pernafasan mungkin perlu penapis dengan penarafan MERV yang lebih besar. Untuk penarafan MERV yang sekurang-kurangnya tahap 14, penapis itu boleh menghapuskan sekurang-kurangnya 75 peratus partikel dengan saiz antara 0.3 hingga 1 mikron dan 90 peratus dengan saiz 1 hingga 3 mikron."
Apa lagi yang diperlukan dalam penapis udara?
Satu lagi faktor yang perlu diperhatikan dalam menimbanngkan penapis udara ialah kadar pengeluaran udara bersih (CADR). Ia mengukur keberkesanan alat penapis itu berdasarkan ruang bilik dan jumlah udara bersih yang dihasilkan.Â
Ini menunjukkan sejauh mana habuk, debunga dan asap – tiga bahan polutan paling biasa dalam rumah – yang dihapuskan dari udara yang kita hirup, kata ketiga-tiga pakar dari NUS itu.Â
Garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa CADR asap penapis udara, yang diukur dalam meter padu sejam, mestilah sekurang-kurangnya lima kali ganda isipadu bilik, yang diukur dalam meter padu.Â
Walaupun kita mungkin tertarik untuk membeli penapis udara yang besar untuk menampung ruang yang lebih luas, ia bukan sahaja lebih mahal, tetapi boleh menjadi lebih bising dan menggunakan lebih banyak tenaga.Â
Sebaliknya, pertimbangkan untuk menggunakan lebih daripada satu penapis udara kecil, dan letakkannya di bahagian berbeza dalam bilik yang besar, kata Prof Balasubramanian.

Para pakar juga mengesyorkan supaya membeli peranti yang mempunyai penapis karbon untuk menangani bau asap yang kuat.
"Penapis karbon menghilangkan bau yang berkaitan dengan beberapa hasil sampingan akibat pembakaran yang memberikan bau khas kepada jerebu. Karbon aktif akan menyerap bau-bau ini," kata ketiga-tiga pakar NUS.
Profesor Balasubramanian berkata bau jerebu yang kuat dikaitkan dengan sebatian organik dalam fasa gas, yang tidak dapat dinyahkan dengan berkesan oleh penapis HEPA. Oleh itu penggunaan kedua-dua HEPA dan penapis karbon akan melindungi pengguna dengan lebih baik, tambahnya.

Apa yang perlu anda jauhi?
Sesetengah penapis udara menghasilkan pencemar udara tambahan seperti ozon yang berbahaya kepada kesihatan.Â
Menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), pembersih udara elektrik mudah alih yang menggunakan ioniser, pengoksida fotokatalitik, pemendak elektrostatik, penjana hidroksil, cahaya UV atau teknologi pembersihan udara lain boleh menghasilkan tahap ozon atau ion yang berbahaya.
Penapis mekanikal seperti HEPA tidak menjana ozon atau ion.
Jika anda punyai penapis udara, bagaimana hendak tahu ia masih berkesan?
Penapis udara anda itu mungkin digunakan kali terakhir beberapa tahun lalu (sejak jerebu melanda). Adakah anda masih boleh menggunakannya jika jerebu melanda tahun ini?
Prof Yim, dari Fakulti Alam Sekitar Asia NTU berkata ia bergantung kepada bagaimana penapis udara itu dijaga. "Alat penapis lama harus selalu ditukar kepada yang baru untuk tempoh masa tertentu bergantung pada kualiti udara dalam rumah."
Menurut ketiga-tiga profesor Tham, Cheong dan Sekhar, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh orang biasa untuk menilai prestasi penapis udara mereka. Ini kerana proses untuk menilainya adalah sangat teknikal dan dilakukan di makmal. Namun, apa yang boleh dilakukan oleh pengguna adalah dengan menggantikan penapis (filter) di dalam alat penapis udara itu.Â
"Karbon yang diaktifkan biasanya akan berkurangan dari semasa ke semasa. Kemampuannya untuk menyerap bahan kimia akan menjadi lemah apabila digunakan secara berterusan. Apabila seseorang mula mengesan bau yang masuk melalui penapis, ini menandakan bahawa karbon yang diaktifkan telah kehilangan kemampuannya untuk mengeluarkan bahan kimia tersebut," kata mereka.
Prof Balasubramanian mengingatkan pengguna supaya tidak menukar penapis di hadapan orang lain, terutama mereka yang mengalami keadaan pernafasan. Mereka juga perlu memakai pelitup muka jenis N95 semasa berbuat demikian.Â
Ketika ditanya sama ada terdapat cara untuk memeriksa keberkesanan penapis udara, profesor NUS itu berkata ia "sangat sukar". Tetapi beliau mencadangkan supaya kita menggunakan alat penghitung partikel yang murah untuk mengukur jumlah partikel di dalam bilik tertutup sebelum dan selepas menggunakan penapis udara.
Sebagai alternatif, dia mencadangkan supaya kita menyalakan batang kemenyan. Jika penapis udara berfungsi dengan baik, bau dan jumlah asap yang dikeluarkan daripada batang kemenyan seharusnya lebih sedikit daripada jika penapis udara tidak digunakan.
Adakah penapis udara saya beli untuk COVID-19 berkesan melawan jerebu?
Ia sepatutnya berkesan, tetapi berhati-hati dengan peranti yang menghasilkan ozon, kata Prof Balasubramanian.
Sesetengah penapis udara yang digunakan untuk pembasmian kuman COVID-19 menggunakan lampu pembasmian kuman atau lampu UV yang menghasilkan ozon untuk mematikan virus.
Prof Tham, Prof Cheong dan Prof Sekhar dari NUS pula berkata: "Kecuali jika CADR telah dikompromi untuk mencapai keberkesanan yang lebih baik terhadap virus COVID-19, penapis udara itu seharusnya masih berkesan untuk melawan jerebu.
"Sekali lagi, perlu diingat bahawa jerebu adalah pencemar yang rumit yang merangkumi komponen fizikal, kimia, dan mungkin biologi. Penapis udara seharusnya dapat menangani semua komponen ini dengan secukupnya dalam keberkesanannya melawan jerebu."
Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.Â
Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai cara-cara membuang sampah tanpa beg plastik.Â
Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.