Skip to main content
Best News Website or Mobile Service
WAN-IFRA Digital Media Awards Worldwide 2022
Best News Website or Mobile Service
Digital Media Awards Worldwide 2022
Hamburger Menu
Advertisement
Advertisement

Malaysia

Lebih banyak pekerjaan, peningkatan kemahiran bagi sektor pengurusan rantaian bekalan Singapura 

Sebanyak 700 pekerjaan baharu boleh dijangkakan dari sekarang hingga 2025 dalam industri pengurusan rantaian bekalan Singapura. Inisiatif latihan baharu telah juga dilancarkan untuk menarik dan mengekalkan bakat dalam tersebut. 

Lebih banyak pekerjaan, peningkatan kemahiran bagi sektor pengurusan rantaian bekalan Singapura 
Kren kontena dan kontena perkapalan di terminal PSA Tanjong Pagar. (Foto Fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Langkah-langkah kini diambil untuk membangunkan bakat dalam sektor pengurusan rantaian bekalan (SCM) sedang Singapura muncul sebagai hab bagi pengilang-pengilang yang beroperasi di sini. 

Ini akan menyaksikan 700 pekerjaan baharu dari sekarang hingga 2025 dalam industri SCM, sedang inisiatif juga diambil untuk menyediakan latihan-latihan baharu bagi menarik dan mengekalkan bakat dalam bidang berkenaan. 

Kalangan profesional SCM adalah mereka yang terlibat dalam menguruskan aliran dan pengoptimuman barangan dan perkhidmatan dari peringkat penyumberan bahan mentah kepada tahap penghasilan dan pengiriman barang pengeluaran. 

Hampir satu pertiga daripada pekerjaan sektor itu  boleh menjadi lapuk dalam tempoh dua tahun disebabkan trend global yang memberi kesan kepada operasi dan aliran kerja, demikian menurut satu laporan pemerintah pada hari Isnin (10 Jul).

Pengurusan rantaian bekalan SCM melibatkan aliran dan pengoptimuman barangan dan perkhidmatan dari peringkat penyumberan bahan mentah kepada tahap penghasilan dan pengiriman barang pengeluaran. (Grafik: CNA)
Hampir satu pertiga daripada pekerjaan sektor itu  boleh menjadi lapuk dalam tempoh dua tahun disebabkan trend global yang memberi kesan kepada operasi dan aliran kerja, demikian menurut satu laporan pemerintah pada hari Isnin (10 Jul).

Jawatan-jawatan baharu dalam sektor yang mempunyai 70,000 orang tenaga kerja itu adalah untuk kakitangan profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET) dengan pengetahuan digital dan SCM. Ia akan juga merangkumi bidang kerja seperti penganalisis data dan pereka bentuk sistem.

Sementara itu, program peningkatan kemahiran pula bertujuan untuk melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran untuk membolehkan mereka meraih pekerjaan dalam sektor seperti perancangan rantaian bekalan, penyumberan dan perolehan serta pengurusan logistik.

TREND YANG MENGUBAH INDUSTRI

Menurut dapatan kajian Peta Transformasi Pekerjaan (JTM) yang berkaitan dengan SCM, para pekerja dalam 12 daripada 38 jenis kerja SCM yang dikaji perlu memikul tanggungjawab baharu dan kemahiran baharu untuk kekal relevan.

Sebagai contoh, kakitangan perkhidmatan pelanggan perlu mempelajari kemahiran digital lanjutan seperti analisis data besar (big data analytics) demi mendampingi lebih ramai lagi pelanggan.

Peranan lain yang bakal berhadapan dengan kesan perubahan juga termasuk pekerjaan dalam bidang perancangan permintaan dan bekalan, spesialis  pemerolehan, pengurus pengeluaran, eksekutif penyimpanan gudang dan kakitangan pemunggahan barang. 

Kajian itu yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), SkillsFuture Singapore (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG), mengenal pasti tiga trend utama yang mengubah industri SCM. 

Kemahiran celik digital semakin dicari kerana teknologi kini semakin mengautomasikan tugas-tugas manual sebelum ini dan memudahkan lagi aliran kerja yang lebih cekap.

Terdapat juga peralihan ke arah menjadikan para pekerja lebih berdaya tahan dan tangkas terhadap keadaan-keadaan seperti konflik dan wabak. Ini bermakna perlunya (kemahiran) dalam mempelbagaikan sumber, dan memastikan perniagaan boleh diteruskan melalui pengurusan risiko yang lebih baik.

Memandangkan kemampanan menjadi kebimbangan utama bagi firma dalam setiap sektor, para pekerja sektor SCM juga perlu belajar untuk menghasil dan melaksanakan rangka kerja kemampanan. 

LEBIH BANYAK FIRMA MENYEDIAKAN HAB SCM 

Dengan syarikat-syarikat mempelbagaikan rantaian bekalan mereka untuk menangani ketidaktentuan global, ramai melihat ke Asia Tenggara – khususnya Singapura – sebagai hab pilihan, kata Cik Celia Sia, naib presiden kanan perkhidmatan hab dan ketersambungan EDB.

"Satu tinjauan baru-baru ini yang mengkaji trend  rantaian bekalan menunjukkan bahawa hampir 50 peratus perniagaan dengan operasi rantaian bekalan di Asia Pasifik merancang untuk mengembangkan atau membina kapasiti pembuatan baharu di Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang," kata Cik Celia  kepada CNA. 

“Di EDB, kami melihat peningkatan minat daripada syarikat untuk menubuhkan hab pengurusan rantaian bekalan di Singapura. Ramai sudah mempunyai ibu pejabat serantau atau antarabangsa mereka di sini jadi adalah masuk di akal untuk mereka menempatkan pasukan pengurusan rantaian bekalan mereka (di sini juga)."

Salah satu firma itu ialah syarikat elektronik gergasi pengguna Dyson, yang memindahkan ibu pejabat globalnya dari Britain ke Singapura tahun lepas.

“Singapura berada di tengah-tengah rantaian bekalan global kami. Kami menyelidik, membuat reka bentuk dan membangunkan produk di sini… Singapura adalah tempat yang sesuai untuk perniagaan berteknologi tinggi yang memerlukan penyelidikan intensif,” kata pengasas dan pengerusi James Dyson semasa perasmian ibu pejabat syarikatnya di sini. 

Ibu pejabat global syarikat teknologi Dyson di St James Power Station di Singapura. (Foto: Dyson)

Dyson menyatakan ia telah dapat melihat proses-proses rekaan dan penghasilannya berubah dan dipertingkatkan oleh pendigitalan dan automasi selama ini.

“Kilang kami di Tuas adalah sangat automatik. Set kemahiran telah berubah - daripada pekerja yang melakukan pekerjaan yang sangat manual dan sangat biasa hinggalah kepada pekerjaan di mana mereka menggunakan alat digital dan data untuk membuat keputusan. Ini juga peningkatan kemahiran yang perlu kami terus lakukan,” kata ketua pegawai rantaian bekalan firma itu, Michelle Shi-Verdaasdonk.

"Sepuluh tahun yang lalu, mungkin tidak ramai orang ramai mahu menjadi eksekutif gudang atau eksekutif logistik, kerana mereka menganggap sekitaran kerjanya sebagai kotor, atau pekerjaannya sebagai tugas berat," tambahnya.

"Tetapi dengan penggunaan automasi yang semakin luas digunakan dalam gudang-gudang moden, dan juga dengan teknologi yang semakin mudah digunakan pekerja, semuanya sudah berubah dan juga lebih selamat hari ini."

BAKAT DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN 

Agensi-agensi seperti SkillsFuture akan bekerjasama dengan pusat-pusat pengajian tinggi untuk menerapkan set kemahiran yang semakin dicari ini ke dalam program latihan, kata pengarah bahagian pembuatan WSG Anderson Ee.

Mereka akan memenuhi keperluan majikan yang ingin meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada mereka, dan juga individu yang ingin melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan berkaitan supaya dapat sektor ini atau juga untuk memajukan diri  dalam pekerjaan masing-masing hari ini. 

"Terdapat usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang SCM, seperti kerjasama dengan pihak berkepentingan industri," kata Encik Ee.

“(Rakan kongsi kami juga) melancarkan kelas induk yang melengkapkan individu dengan set kemahiran digital dan kemampanan untuk mengurus aliran barangan dan perkhidmatan. Banyak lagi yang perlu dilakukan, dan kami sedang berusaha untuk membangunkan dan menarik bakat dalam sektor tertentu ini.”

Para profesional SCM memperoleh gaji median kira-kira S$5,900 (RM20,000), lebih tinggi daripada gaji median nasional sebanyak S$4,680, kata EDB.

EDB dan SSG telah membangunkan panduan rujukan tentang trend membentuk semula pekerjaan SCM, kemahiran dalam permintaan dan maklumat tentang latihan. Ia akan disediakan dalam laman web EDB pada 31 Jul.

“Pemahaman ini akan membimbing penyedia latihan dalam pembangunan kurikulum dan membantu perusahaan meningkatkan program latihan SCM dalaman mereka,” kata Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri Low Yen Ling.

"Ia juga akan membantu pekerja dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula demi kerjaya yang bermanfaat."

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.    

Baca juga artikel Bahasa Melayu ini mengenai pelan pembangunan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan warisan Kampung Gelam, Singapura.  

Ikuti CNA di Facebook dan Twitter untuk lebih banyak artikel.

Source: CNA/ih
Advertisement

Also worth reading

Advertisement